Semulia-mulia tempat dan setinggi-tinggi impian yang diimpikan seorang insan dan kita impikan, ialah bersama-sama dengan kekasih kita Nabi SAW pada hari kiamat. Ini merupakan kedudukan yang paling tinggi dan terbaik.
Bagaimana seseorang dapat sampai kepada tahap ini?
Nabi SAW telah bersabda, “Di antara kamu yang diutamakan denganku pada hari kiamat, ialah kamu yang paling banyak berselawat ke atasku”. Manusia yang paling hampir kedudukannya dengan Nabi SAW adalah mereka yang paling banyak berselawat ke atas Nabi SAW.
Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi, Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan berilah salam penghormatan ke atasnya.
Allah sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW. “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi”. Dan selawat Allah SWT ke atas Nabi-Nya merupakan bentuk kasih sayang, keberkatan, kemuliaan dan kehebatan dari Allah SWT ke atas Baginda yang sentiasa bertambah bagi Nabi SAW bertambah, bertambah dan bertambah. Dan ia merupakan kunci bagi kita, kepada pengurniaan kasih sayang Allah kepada kita kerana ketika kita memohon dari Allah agar merahmati kekasihNya dan berselawat ke atasnya, maka Allah akan mengasihi kita, mengurniakan sepuluh rahmat dan berselawat ke atas kita sepuluh kali. Berapa banyak selawat yang dibacakan menentukan kedudukan seseorang manusia di sisi Allah SWT.
Selawat dan Salam Buatmu, Ya Rasulullah
Pada suatu hari, Nabi SAW keluar dengan sangat gembira dan ceria. Para sahabat berkata “Wahai Rasulullah, kami melihat engkau begitu gembira hari ini?” Rasulullah SAW bersabda “Bagaimana aku tidak gembira, aku tidak ceria. Jibrail a.s. telah turun dan mengkhabarkan kepadaku, bahawa Allah SWT berselawat sepuluh kali kepada siapa yang berselawat ke atasku sekali”
Faedah-faedah selawat ke atas Nabi SAW
Faedah-faedah selawat ke atas Nabi SAW sangat banyak, sehingga engkau mengetahui terdapat banyak manfaat selawat untuk seluruh kehidupan. Selawat ke atas Nabi SAW merupakan sebab dipenuhi hajat-hajat. Nabi mengkhabarkan bahawa “Sesiapa yang berselawat ke atasku setiap hari 100 kali, maka Allah akan memenuhi hajatnya.” Selawat ke atas Nabi SAW merupakan sebab dihapuskan kegelisahan dan kesedihan. Selawat ke atas Baginda SAW merupakan sebab penerimaan doa, penyembuhan, sebab penurunan hidayah. Selawat ke atas Nabi SAW merupakan sebab penerimaan Allah ke atas seorang hamba dan amalannya.
Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman,berselawatlah kamu (ke atas Nabi SAW) dan berilah salam penghormatan kepadanya.
Satu soalan penting yang ditanyakan oleh ramai orang iaitu berapa kali sepatutnya seseorang itu berselawat ke atas Nabi SAW dalam sehari sehingga ia menjadi rutin mereka yang mencintai dan mereka yang banyak berselawat.
Salah seorang sahabat yang hebat di kalangan ahli fiqah telah bertanyakan soalan ini, Ubay ibni Kaab’. Dia bertanya “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku berdoa kepada Allah, dan berselawat ke atasmu. Maka berapa sepatutnya aku jadikan masaku (selepas menyempurnakan fardhu) untuk berselawat ke atasmu?” Nabi SAW berkata kepadanya “Itu mengikut kesukaanmu”.
Dia berkata “satu perempat, wahai Rasulullah?” Nabi SAW bersabda “Itu mengikut kesukaanmu, jika kamu tambah maka ia lebih baik.”
Ubay ibni Kaab bertanya lagi “Aku jadikan selawat untuk mu satu perdua, wahai Rasulullah?” Nabi SAW bersabda “Itu mengikut kesukaanmu, jika kamu tambah maka ia lebih baik.”
Dia bertanya “Aku jadikan selawat untuk mu tiga perempat, wahai Rasulullah?” Nabi SAW bersabda “Itu mengikut kesukaanmu, jika kamu tambah maka ia lebih baik.” Akhirnya dia berkata “Aku jadikan seluruh masaku untuk berselawat kepadamu” Nabi SAW bersabda kepadanya “Ini merupakan perumpamaan bahawa, perbuatan ini perlu dilazimkan di dalam minda. Oleh yang demikian, dicukupkan keperluanmu dan diampunkan dosa-dosamu.”
Allah Maha Besar, Selawat ke atas Nabi SAW menghapuskan kegelisahan. Ramai manusia yang mempunyai kegelisahan (keperluan), orang yang banyak berselawat ke atas Nabi SAW akan dihapuskan kegelisahan di dalam hatinya dan Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosanya yang menyebabkan masalah-masalah bagi kita, di dunia dan akhirat. Penyembuhnya adalah memperbanyakkan selawat ke atas Nabi kita SAW
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Bayangkan, selawat dan salam yang dibacakan kepada Nabi SAW dipamerkan dan sampai kepadanya. Ini semua dicatat dan ditunjukkan kepada Nabi SAW bahawa si polan ini sentiasa berselawat ke atasmu berapa kali. Apabila engkau datang pada hari kiamat. Dan berjumpa dengan Nabi SAW, bagaimanakah perjumpaan dengan Baginda? Engkau bersama dengan Baginda (Nabi SAW) yang selalu dibacakan dan dipamerkan selawatmu ke atasnya.
[Selawat dan salam ke atas mu Ya Rasulullah]
Di dalam hadis sahih, sesungguhnya Nabi SAW mengingati selawat seketul batu. Katanya Aku mengenali seketul batu di Mekah yang sentiasa memberi salam kepadaku ketika aku melalui kawasannya. Sesungguhnya Nabi SAW tidak pernah melupakan salam seketul batu kepadanya. Adakah kamu pernah membayangkan bahawa mungkinkah Baginda lupa salam darimu, umatnya yang muslim dan mukmin. Nabi SAW tidak akan melupakan salam mu selama-lamanya.
Bilakah kita perlu berselawat ke atas Nabi SAW?
Berselawat ke atas Nabi SAW ialah wajib ketika tahiyyat di dalam solat dan di dalam khutbah jumaat. Wajib di dalam solat jenazah, selepas takbir yang kedua. Dan disunatkan pada banyak tempat dan kawasan. Sehingga ramai ulama’ yang mengatakan bahawa disunatkan berselawat ke atas Nabi SAW di dalam setiap perkara dan setiap masa. Namun, di dalam sesetengah tempat, kita sanat digalakkan untuk berselawat ke atas Nabi SAW. Daripadanya ialah di majlis-majlis kerana Rasulullah SAW telah datang ke perjumpaan sesuatu kaum yang mengingati Allah atau berkumpulnya suatu kumpulan di dalam satu majlis dan mereka mengingati Allah dan berselawat ke atasku atau berselawat ke atas Nabi mereka SAW, majlis tersebut akan dikecualikan dari penyesalan/kesedihan. Iaitu majlis-majlis yang didalamnya tidak mengingati Allah dan tidak berselawat ke atas Nabi SAW, maka majlis ini akan menjadi penyesalan kepada kita pada hari Kiamat.
Disunatkan, berselawat ke atas Nabi SAW ketika memasuki masjid, ketika memasuki rumah, ketika keluar dari Masjid, ketika keluar dari rumah. Disunatkan berselawat ke atas Nabi SAW khususnya pada hari Jumaat. Kerana Nabi SAW telah bersabda,”Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat, sesungguhnya selawat-selawatmu akan sampai kepadaku atau dipersembahkan kepada ku. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada malam yang gelap dan hari yang terang. Sesungguhnya, selawat-selawatmu akan dipersembahkan kepadaku.”
[Allahumma salli’ala saidina Muhammad wa’ala alihi wasohbihi wasallim]
Orang-orang yang bakhil ialah mereka yang apabila disebutkan namaku, mereka tidak berselawat ke atasku. Beginilah yang telah diterangkan oleh Nabi SAW. Mengapa mereka ini bakhil? Janganlah kita bersikap bakhil kepada diri sendiri, Allah juga berselawat ke atasnya, Baginda tidak memerlukan selawat kita. Tetapi, mereka itu bakhil terhadap diri sendiri untuk mendapatkan kebaikan buat dirinya.
Nabi SAW telah bersabda,”Celakalah mereka yang apabila disebutkan namaku, mereka tidak berselawat keatas ku.” Ketahuilah, doa akan tergantung di antara langit dan bumi, sehingga dibacakan selawat ke atas Nabi SAW.”
Sekiranya kita ingin berdoa kepada Allah dengan sebarang permintaan, mulakanlah dengan selawat ke atas Nabi dan akhirilah dengan selawat ke atas Nabi SAW. Dengan kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah SWT akan menerima doamu seperti mana yang disebutkan dalam banyak riwayat mengenai nabi dan para sahabat.
Dicintai Allah
Jika kita menginginkan perkara ini (dicintai Allah), dan kita mengetahui bahawa kunci hubungan di antara kita dan Nabi SAW ialah selawat ke atas Nabi SAW. Kita akan mengejar kunci terbesar untuk menemukan maksud firman Allah SWT “Katakanlah (Muhammad), jika engkau menyintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya kamu akan dicintai Allah.”
Dan firmanNya, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah ke atasnya dan berilah salam penghormatan kepadanya.”
No comments:
Post a Comment